Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan batal

Razali AB Malik
Razali AB Malik
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menjunjung titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, bahawa Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-73 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 14 Januari ini dibatalkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali AB Malik berkata, sehubungan itu, semua atur cara yang dirancang sepanjang istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan adalah terbatal.

"Pembatalan ini juga selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia," katanya pada satu kenyataan di sini pada Selasa.

Terdahulu media melaporkan, hanya Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat akan dilangsungkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!