Ketua Pembangkang Johor positif Covid- 19
JOHOR BAHRU- Ketua Pembangkang Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan mengesahkan dirinya positif Covid-19.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu memaklumkan, keadaan kesihatannya kurang memuaskan sejak Ahad lalu dan telah melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
Aminolhuda berkata, beliau disahkan positif Covid-19 pada Selasa.
"Saya mohon kepada sesiapa yang ada bertemu dengan saya dalam tempoh beberapa hari lalu untuk membuat pemeriksaan sewajarnya," katanya menerusi catatan di Facebook pada Selasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!