22 terperangkap lombong emas di China meletup

Gambar fail menunjukkan beberapa anggota penyelamat di sebuah lombong arang batu bagi menyelamat mangsa yang terperangkap dekat Chongqing sehingga menyebabkan 16 orang terbunuh pada September tahun lalu. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa anggota penyelamat di sebuah lombong arang batu bagi menyelamat mangsa yang terperangkap dekat Chongqing sehingga menyebabkan 16 orang terbunuh pada September tahun lalu. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Seramai 22 orang pelombong emas terperangkap di bawah tanah hampir dua hari sejak Ahad lalu selepas satu letupan berlaku di sebuah lombong di timur China.

Letupan itu berlaku pada waktu tengah hari dekat bandar Qixia di timur wilayah Shandong, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan di media sosial.

Sebuah tangga keluar dari lombong itu dan sistem komunikasi rosak teruk akibat letupan berkenaan yang menyebabkan para pelombong sukar untuk dihubungi, tambah kenyataan tersebut yang dikeluarkan lewat malam Isnin.

Pihak berkuasa telah menghantar para penyelamat ke lombong tersebut yang dimiliki oleh syarikat Shandong Wucailong Investment Co. Ltd.

Kemalangan di lombong-lombong China kerap berlaku kerana ia mempunyai rekod keselamatan dan peraturan keselamatan yang lemah.

Pada Disember tahun lalu, 23 pelombong mati selepas terperangkap di dalam sebuah lombong di bandar Chongqing, barat daya China beberapa bulan selepas 16 orang terbunuh akibat keracunan karbon monoksida setelah terperangkap di sebuah lagi lombong arang baru di bandar tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!