PKP: Kelonggaran rentas negeri individu terkandas hingga Jumaat
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya memahami kesulitan yang dialami oleh orang awam dan secara peribadinya telah memaklumkan kepada anggota serta pegawainya agar sentiasa menggunakan budi bicara mengikut keperluan.
"Saya sudah arahkan petugas pada hari pertama dan kedua... lusa dan mungkin sampai Jumaat untuk membenarkan orang ramai yang terkandas pulang ke rumah.
"Ini termasuklah yang menaiki pesawat dan sebagainya. Sebolehnya kami tidak mahu menyusahkan sesiapa dan akan berusaha memudahkan urusan semua pihak," katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman pada Selasa.
Menurutnya, beliau difahamkan ada ramai keluarga berada di luar negeri disebabkan bercuti, mengunjungi saudara atau sebagainya dan mungkin terkandas.
Katanya, beliau berharap kali ini banyak perkara yang dapat dipelajari selepas pelaksanaan PKP pada tahun lalu.
Namun, sekiranya ada individu yang memberi alasan hendak mengambil anak di kampung, mereka boleh dapatkan surat kebenaran rentas negeri di balai polis.
"Saya memahami perkara ini. Saya sudah ingatkan semua pegawai dan anggota saya untuk menjalankan tugas secara berhemah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: PKP 2.0 libatkan enam negeri mulai 13 Januari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!