Banyak negara terpaksa buat 'lockdown' kedua

Beberapa pegawai China mengawal sebuah pasar borong Xinfadi yang dikaitkan dengan kluster baharu Covid-19 pada Jun tahun lalu. - Foto AFP
Beberapa pegawai China mengawal sebuah pasar borong Xinfadi yang dikaitkan dengan kluster baharu Covid-19 pada Jun tahun lalu. - Foto AFP
A
A
A

BEBERAPA buah negara dan bandar raya di dunia melaksanakan semula perintah 'lockdown' bagi membendung penularan Covid-19 sejak pandemik itu ditemui kali pertama di Wuhan, China pada lewat tahun 2019.

Menurut portal science.org, 'lockdown' merupakan langkah yang terbukti berkesan untuk membendung penularan pandemik itu dan ekoran itu, negara-negara di dunia telah mengambil pendekatan yang sama.

Bagaimanapun langkah 'lockdown' itu menyebabkan ekonomi sesebuah negara menjadi lumpuh, para peniaga mengalami kerugian, kadar pengangguran tinggi akibat kehilangan pekerjaan dan hutang asing meningkat selain menyebabkan berbilion-bilion penduduk dunia berkurung di rumah masing-masing.

Menurut laporan portal berita thecoversation.com, majoriti saintis yang mengkaji pandemik itu percaya virus maut tersebut berasal daripada satu spesies haiwan kemungkinan besar kelawar.

Gambar fail menunjukkan beberapa orang memakai pelitup muka di sebuah dataran yang tidak menjadi tumpuan ramai pengunjung di tengah Lisbon. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa orang memakai pelitup muka di sebuah dataran yang tidak menjadi tumpuan ramai pengunjung di tengah Lisbon. - Foto AFP

Sejak Covid-19 dipercayai ditemui di sebuah pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei, China pada lewat tahun 2019, pihak berkuasa China kemudian telah melaksanakan 'lockdown' pertama pada 23 Januari 2020 selama lebih 70 hari dan berakhir pada 8 April 2020 selepas negara berkenaan tidak lagi mencatatkan angka kematian akibat pandemik tersebut pada 1 April tahun lalu.

Model 'lockdown' di bandar raya yang didiami kira-kira 11 juta orang itu dan pernah mencatatkan sehingga 50,340 kes dan 3,860 kematian kemudian diikuti oleh kebanyakan negara di dunia bagi mengawal pandemik tersebut yang mudah berjangkit sesama manusia.

'Lockdown' yang menyebabkan sekatan perjalanan dan aktiviti sosial masyarakat dihadkan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan masa di dalam rumah masing-masing kerana Covid-19 mudah merebak dalam kalangan manusia.

Artikel Berkaitan:

Sehingga Selasa lalu, Covid-19 telah menyebabkan lebih 1.9 juta orang meninggal dunia dan mencatatkan 90.9 juta kes di seluruh dunia mempunyai simptom-simptom antaranya demam, batuk, keletihan, gatal-gatal, tekak kering, sakit kepala, hilang deria bau, kesukaran bernafas, sakit dadah dan cirit-birit.

Ketika vaksin pandemik itu mula diedarkan kepada beberapa buah negara selepas Covid-19 tersebut ditemui pada tahun 2019, Britain melaksanakan 'lockdown' kali ketiga walaupun ahli-ahli ekonomi memberi amaran prestasi ekonomi negara itu akan merosot dengan teruk.

Sebelum ini, Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson pada 4 Januari lalu mengumumkan perintah 'lockdown' bagi membendung penularan Covid-19 setelah varian baharu pandemik tersebut yang cepat merebak ditemui.

Sehingga 4 Januari lalu itu, lebih 2.6 juta kes Covid-19 dan lebih 75,000 kematian dilaporkan di UK, menurut data daripada Universiti Johns Hopkins dengan pandemik tersebut menyebabkan sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej terpaksa menggunakan pengajaran secara jarak jauh.

Bandar raya London sunyi sepi semasa 'lockdown' pertama dilaksanakan pada Mac tahun lalu. - Foto AFP
Bandar raya London sunyi sepi semasa 'lockdown' pertama dilaksanakan pada Mac tahun lalu. - Foto AFP

Menurut portal berita Sky News, perintah 'lockdown' itu dijangka berakhir pada pertengahan bulan Februari ini.

London menjalani perintah 'lockdown' pertama kali pada bulan Mac lalu.

Perintah 'lockdown' kali ketiga itu dilaksanakan ketika belum ramai penduduk UK menerima vaksin Covid-19 sama seperti di Amerika Syarikat (AS) apabila warganya sudah mula menerima suntikan vaksin tersebut secara berperingkat-peringkat.

Sebahagian bandar raya Beijing juga telah beberapa kali dikenakan 'lockdown' sejak Jun 2020 berikutan kenaikan kes pandemik tersebut yang berpunca daripada pasar borong makanan sehingga beberapa kawasan perumahan dikenakan perintah 'lockdown' sepenuhnya.

Menurut agensi berita AFP, berjuta-juta penduduk di Beijing dikenakan perintah 'lockdown' pada 11 Januari lalu ketika kerajaan berusaha untuk membendung penularan Covid-19 dalam kalangan penduduk tempatan.

Bandar raya itu yang dihuni lebih 12 juta orang dikenakan perintah 'lockdown' sehingga ujian terbaharu Covid-19 berjaya dilakukan melibatkan semua kampung luar bandar.

Zimbabwe, Portugal, Gibraltar, Austria, Greece, Republik Czech dan Israel serta bandar raya Melbourna turut melaksanakan kali kedua perintah berkurung berikutan kes Covid-19 kembali meningkat semula sebagai cara untuk membendung pandemik tersebut.

Bandar raya ketiga terbesar Australia, Brisbane menarik semula perintah 'lockdown' pada 11 Januari lalu selepas tiada lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan sejak 8 Januari lepas setelah lebih dua juta orang diarahkan berada di rumah masing-masing ekoran seorang pembersih di sebuah hotel yang dikuarantin dijangkiti pandemik berkenaan daripada seorang pengembara.

Melbourne antara bandar yang terpaksa melakukan 'lockdown' kali kedua selepas peningkatan kes Covid-19. - Foto Getty Images
Melbourne antara bandar yang terpaksa melakukan 'lockdown' kali kedua selepas peningkatan kes Covid-19. - Foto Getty Images

Hab teknologi India, Bangalore turut dikenakan perintah 'lockdown' sekali lagi pada tahun lalu manakala Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengisytiharkan darurat di Tokyo pada Khamis lepas sebagai cara untuk membendung Covid-19 dan melaksanakan langkah-langkah ketat untuk membendung kenaikan kes Covid-19 di bandar raya tersebut.

Antara negara-negara yang pernah melaksanakan perintah 'lockdown' ialah Itali, Jerman, Denmark, Belanda, Poland, Switzerland, India, Scotland, Ireland, Wales, Singapura, Arab Saudi dan Perancis.

Sebahagian Indonesia juga dikenakan 'lockdown'.

Sepanyol pula pernah melaksanakan perintah berkurung manakala Croatia mengenakan sekatan perjalanan dan sebahagian Lahore di Paksitan juga dikenakan perintah berkurung.

AS yang tidak pernah melaksanakan perintah 'lockdown' mencatatkan sebanyak 22.7 juta kes Covid-19 dan lebih 370,000 kematian sehingga Selasa lepas. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!