PKP: Sembilan premis di YWJ ditutup sementara

Kenyataan Yayasan Warisan Johor.
Kenyataan Yayasan Warisan Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Yayasan Warisan Johor (YWJ) bermula Rabu menghentikan sementara operasi sembilan premis di bawahnya bermula Rabu hingga 26 Januari ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

YWJ dalam satu kenyataan memberitahu, langkah tersebut diambil sebagai langkah pencegahan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19 di negeri ini.

"Sembilan premis itu melibatkan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar; Pusat Dokumentasi Johor; Laman Seni Warisan; Galeri Tenun Johor dan Galeri Seni Johor.

"Turut ditutup adalah Galeri Dato' Onn di Batu Pahat; Muzium Kota Tinggi, Muzium Mersing dan Muzium Tokoh di Johor Bahru," demikian menurut kenyataan itu.

Pada Isnin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan enam buah negeri akan dikenakan PKP selama dua minggu bermula Rabu dengan Johor merupakan antara negeri yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!