KPDNHEP beri jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi

Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan harga minyak masak. - Foto Ihsan KPDNHEP
Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan harga minyak masak. - Foto Ihsan KPDNHEP
A
A
A

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan memberi jaminan barangan keperluan harian yang utama mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, pihaknya akan memastikan barangan keperluan dijual pada harga stabil dan munasabah.

"Masyarakat di negeri ini dinasihatkan supaya bertenang dan tidak membuat pembelian panik. Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa memantau dan membuat pemeriksaan bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barang stabil tanpa kenaikan mendadak,"katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, dari 9 Januari hingga 11 Januari lalu, sebanyak 515 premis diperiksa meliputi pemborong, peruncit, hypermarket, mini market, dan juga pasar-pasar awam di negeri berkenaan.

Beliau berkata, tiada situasi pembelian panik didapati berlaku dan semua berada dalam keadaan terkawal.

Sementara itu katanya, berdasarkan rekod tahun lalu, sebanyak 44,218 bhah premis diperiksa yang meliputi 32,740 premis di kawasan bandar dan 11,478 luar bandar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!