Beri tumpuan trend kenaikan pendapatan bulanan rakyat: Najib
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan sebarang dasar dan langkah kerajaan untuk menjana peluang pekerjaan perlu memberi tumpuan bagi memulihkan semula trend kenaikan pendapatan bulanan rakyat Malaysia.
Menurutnya, trend tersebut telah ‘U-turn’ sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan langkah dicadangkannya itu bagi membolehkan negara ini masih boleh mencapai status negara pendapatan tinggi pada masa hadapan.
“Mengikut data rasmi terbaharu dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah pendapatan bulanan pekerja termasuk bonus, bayaran lebih masa (OT) serta elaun untuk sektor pembuatan iaitu sektor terbesar negara yang menaik dengan konsisten semasa Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan trend penurunan ketara sejak tiga tahun lalu.
“Trend penurunan ini bermula sejak PRU14 dan berterusan pada masa pandemik.
“Purata pendapatan bulanan bagi November 2020 hanya RM3,275 iaitu penurunan sekitar RM600 sebulan atau 20 peratus lebih rendah berbanding RM3,863 pada Disember 2018,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Rabu.
Sehubungan itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyarankan agar rakyat diberi lebih fokus dan bukannya kepada kroni atau golongan pemilik syarikat.
Mengikut laporan terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah orang yang tiada kerja sudah tambah lebih 250,000 orang...
Posted by Najib Razak on Tuesday, January 12, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!