Kes positif Covid-19 menurun kepada 2,985
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sejumlah 2,985 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 144,518 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.berkata bilangan kes Covid-19 yang sembuh bagi tempoh sama ialah 994 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 111,578 kes atau 77.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah 32,377 kes," katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini
Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan hari ini, dua merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 837 kes diikuti Johor dengan 535 kes dan Sabah yang mencatatkan 450 kes,” katanya.
Dr Noor Hisham juga berkata, sehingga kini, terdapat 197 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 79 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata terdapat empat kematian hari ini membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita termasuk dua bukan warganegara.
Katanya tiga kematian berlaku di Sabah manakala satu lagi di Johor.
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 563 kes atau 0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," kata Dr Noor Hisham. - Bernama
Status Terkini #COVID19, 13 Januari 2021
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) January 13, 2021
Kes sembuh=994
Jumlah kes sembuh=111,578kes
Kes baharu positif=2,985 kes (2,983 tempatan, 2 import)
Jumlah positif=144,518
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=563 kes
Kes dirawat di ICU=197 kes
Bantuan Alat Pernafasan=79 kes pic.twitter.com/4gb6isf7tN
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!