Indonesia terima vaksin awal sebab jadi negara ujian klinikal

Tangkap layar ciapan Khairy Jamaluddin di Twitternya pada Rabu.
Tangkap layar ciapan Khairy Jamaluddin di Twitternya pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Indonesia menerima vaksin Sinovac lebih awal disebabkan vaksin tersebut diuji dalam ujian klinikal di negara itu sebelum ia didaftarkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, selain Indonesia, Brazil dan Turki merupakan negara yang menjalankan ujian klinikal vaksin itu apabila merekodkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi pada tahun lepas.

“Selamat maju jaya kepada Indonesia. Indonesia dapat vaksin Sinovac awal sebab menjadi negara di mana vaksin tersebut diuji dalam clinical trials sebelum didaftar.

“Brazil, Turki juga buat clinical trials Sinovac sebab jumlah kes mereka yang tinggi tahun lepas,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Rabu.

Terdahulu pada pagi Rabu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menjadi individu pertama di negara berkenaan yang menerima suntikan vaksin Covid-19 buatan China itu.

Malaysia dijangka menerima sejuta dos bekalan vaksin dari Pfizer seawal penghujung Februari depan bagi suku pertama 2021 disusuli 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos vaksin Sinovac lebih murah, dibotol dalam negara: KJ

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pendaftaran vaksin Covid-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal itu.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!