Covid-19: Dua rakyat Malaysia antara 33 kes import tidak bergejala di Singapura

Dua daripada 33 kes import Covid-19 yang tidak bergejala di Singapura dilaporkan pada Rabu adalah rakyat Malaysia.
Dua daripada 33 kes import Covid-19 yang tidak bergejala di Singapura dilaporkan pada Rabu adalah rakyat Malaysia.
A
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan dua daripada 33 kes import Covid-19 yang tidak bergejala dilaporkan pada Rabu adalah rakyat Malaysia.

Kedua-dua lelaki yang merupakan pemegang permit kerja tiba dari Malaysia itu masing-masing dilabelkan sebagai kes 59230 dan 59232, menurut data penuh kementerian yang dikeluarkan pada Rabu.

Setakat tengah hari Rabu, republik itu melaporkan sejumlah 38 kes baharu Covid-19 iaitu 37 import dan satu kes penularan tempatan melibatkan penghuni asrama.

Daripada jumlah kes baharu itu, kementerian memaklumkan 34 tidak menunjukkan gejala termasuk kes di asrama dan mereka dikesan daripada pengawasan dan saringan proaktif, manakala empat lagi kes bergejala.

Kesemua kes import termasuk dua rakyat Malaysia berusia 55 dan 44 tahun telah dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Dengan angka kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 58,984 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!