Spurs perlu belajar ‘bunuh’ perlawanan, elakkan kesilapan
Sebahagian pemain Spurs yang kecewa dengan keputusan perlawanan berkenaan
A
A
A
Mourinho berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian serius oleh kesemua pemain setelah skuad The Lilywhites sekadar terikat 1-1 dengan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang sendiri pada awal pagi Khamis.
Malah menurut Mourinho kesebelasan Spurs juga masih perlu berlajar bagaimana untuk menambah gol selain tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah khususnya pada penghujung perlawanan pada masa hadapan.
“Sekali lagi, kita melepaskan gol yang sepatutnya boleh dielakkan; walaupun saya akui Fulham beraksi agak baik pada babak kedua perlawanan hari ini walaupun mereka berada di ambang kekalahan.
“Namun, kami gagal ‘menamatkan’ perlawanan ini dengan lebih awal walaupun berpeluang berbuat demikian;dalam kata lain pemain seperti tidak mahu menambahkan lagi gol dan seterusnya ‘membunuh’ perlawanan ini,” katanya.
Pada perlawanan berkenaan, penyerang berbisa Spurs, Harry Kane menjaringkan gol pada minit ke-25, namun kelebihan berkenaan berjaya dipadamkan apabila pemain Fulham, Ivan Cavaleiro menyamakan kedudukan pada minit ke-74.
Keputusan berkenaan menyaksikan Spurs kini berada pada kedudukan keenam EPL dengan 30 mata hasil lapan kemenangan, seri enam kali dan tewas tiga kali daripada 17 perlawanan setakat ini.
Sementara itu Mourinho turut mengakui skuad The Lilywhites itu perlu lebih ber’nafsu’ selepas ini dalam usaha memburu jaringan.
Katanya, skuad kendaliannya itu juga perlu menjaringkan lebih banyak gol selepas ini gol bagi menjamin kemenangan.
“Kita perlu menjaringkan lebih banyak gol dan dalam masa yangsama kita juga perlu mengelakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan terutamanya pada penghujung perlawanan.
“Seperti ketika berdepan Fulham, kita gagal untuk menamatkan perlawanan lebih awal, dan kita melakukan kesilapan hingga membenarkan lawan menjaringkan gol penyamaan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!