Desakan PRU dapat dihentikan melalui proklamasi darurat

Haniza - Foto internet
Haniza - Foto internet
A
A
A

SHAH ALAM - Proklamasi darurat disifatkan dapat menghentikan desakan segelintir ahli politik yang mahu melaksanakan pilihan raya umum (PRU) bagi mengambil alih pemerintahan kerajaan.

Setiausaha Wanita Parti Perikatan Nasional, Haniza Talha berkata, proklamasi darurat dapat memberi ketenteraman politik dan menjamin keselamatan rakyat khususnya ketika kes Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari.

Beliau berkata, petugas barisan hadapan juga masih trauma menghadapi situasi peningkatan kes seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum ini.

"Saya percaya dan yakin tindakan ini wajar jika ia berlaku di negara lain sekali pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos

Proklamasi darurat beri kuasa kepada kerajaan

Proklamasi darurat solusi terbaik akhiri drama politik?

Proklamasi darurat bukan rampasan kuasa tentera

Artikel Berkaitan:

"Tumpuan dan masalah kita bukannya politik tetapi Covid-19 yang membawa kepada ketidaktentuan ekonomi serta kesempitan hidup rakyat," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Haniza yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya berkata, walaupun proklamasi darurat berkenaan agak drastik, namun rakyat dapat menerima pelaksanaannya dengan baik.

Beliau berkata, dalam konteks situasi pada masa kini, darurat boleh diisytiharkan berikutan keadaan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam terancam ekoran pandemik Covid-19.

"Justeru, saya menyeru kepada semua agar senada dan fokus dalam membantu rakyat membendung Covid-19.

"Ketepikan hal politik dan makmurkan kembali ekonomi serta kesejahteraan rakyat agar negara dapat pulih untuk terus membangun," katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan agar proklamasi darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!