PKP2.0: Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia puji kerajaan

AMCHAM menyambut baik usaha kerajaan Malaysia di atas penyelarasan dalam pelaksanaan PKP 2.0 yang bermula dari 13-26 Januari 2021.
AMCHAM menyambut baik usaha kerajaan Malaysia di atas penyelarasan dalam pelaksanaan PKP 2.0 yang bermula dari 13-26 Januari 2021.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) memuji penglibatan berterusan kerajaan dalam pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut membolehkan perniagaan kekal beroperasi dengan gangguan yang minimum.

AMCHAM turut menyambut baik usaha kerajaan Malaysia di peringkat kementerian, jabatan dan agensinya terutama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di atas penyelarasan usaha dalam pelaksanaan PKP 2.0 yang bermula dari 13-26 Januari 2021.

“Penyebaran maklumat berkaitan yang dilakukan secara pantas dan berkesan itu telah membolehkan kalangan eksekutif syarikat bertindak memaklumkan kakitangan masing-masing termasuk di pejabat serantau dan global dalam usaha membuat keputusan sewajarnya.

“Oleh kerana mereka juga mempunyai hubungan kerjasama dengan badan kerajaan secara langsung atau menerusi perantara seperti AMCHAM, ini turut memberi kemudahan dari segi kestabilan dan jaminan untuk para pelanggan tempatan dan global,” kata dewan itu dalam kenyataan pada Khamis.

AMCHAM turut memberi jaminan untuk terus menyokong syarikat-syarikat ahlinya dan kerajaan dalam usaha bersama menangani pandemik Covid-19 dengan mengutamakan keselamatan orang ramai sambil mengimbangi keperluan ekonomi.

“Kalangan syarikat ahli AMCHAM juga amat maklum mengenai keperluan pematuhan prosedur operasi standard yang menjadi keutamaan bagi meminimumkan penularan Covid-19 serta sentiasa berhati-hati,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!