Pekerja stesen minyak dirempuh kereta
MUAR - Seorang pekerja di sebuah stesen minyak cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang memeriksa paras minyak dalam tangki simpanan di Jalan Sulaiman di sini pada malam Rabu.
Dalam kejadian pada jam 9.15 malam, kereta jenis Honda Civic dipandu seorang wanita tidak sempat membrek sebelum melanggar mangsa.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penguasa Bomba Kanan II Johar Tumin berkata, seramai 17 anggota dari BBP Muar dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa yang cedera diberi rawatan kecemasan oleh Pembantu Pegawai Perubatan, manakala pemandu kereta berkenaan selamat.
"Mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini dan operasi tamat pada jam 9.22 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!