Bot karam: Tiga termasuk kapten hilang

Anggota Maritim dalam operasi pencarian tiga mangsa yang hilang di lokasi kejadian pada Khamis.
Anggota Maritim dalam operasi pencarian tiga mangsa yang hilang di lokasi kejadian pada Khamis.
A
A
A

SANDAKAN - Tiga kru bot tunda hilang manakala dua lagi terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar di sini awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Kapten Mohamad Mal, 49, bersama dua kru, Azlan Hassan, 23, dan Mohd Hafiz Isyra Nagrah, 22, masih belum ditemui, sementara ketua jurutera, Asman Mohamad, 31, dan seorang lagi kru, Roslie Antala, 48, terselamat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) menerima maklumat berhubung kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera diaktifkan pada jam 4.20 petang.

Menurutnya, bot tunda itu dalam perjalanan dari Kinabatangan menuju ke Sandakan namun berlaku cuaca buruk sebelum syarikat menyedari bot terbabit hilang.

"Bot tunda itu difahamkan sedang menunda sebuah tongkang tanpa muatan yang dikendalikan empat kru. Di tongkang itu pula terdapat seorang lagi kru.

"Ketua jurutera bot terselamat dan berjaya berenang ke pantai berhampiran, manakala tiga lagi termasuk kapten masih belum ditemui.

Lokasi bot tunda yang karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar pada Khamis.
Lokasi bot tunda yang karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar pada Khamis.

"Seorang lagi kru ditemui selamat apabila terkandas di kawasan cetek berhampiran pesisir muara Kinabatangan Besar disebabkan tali tunda tongkang terputus dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Zainudin berkata, menurut maklumat Asman, beliau tercampak keluar dari bot akibat cuaca buruk dan berusaha berenang ke daratan terdekat.

"Tiga lagi disyaki masih terperangkap di dalam bot sebelum hilang dari pandangan berikutan cuaca yang gelap.

"Panggilan komunikasi dengan bot terbabit juga tiada jawapan dan kita syak bot itu tenggelam," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!