Nyanyian dikritik, Siti Sarah mohon maaf

Sarah Raisuddin. - Foto: INSTAGRAM
Sarah Raisuddin. - Foto: INSTAGRAM
A
A
A

PENTAS Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) menjadi detik bersejarah buat penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, apabila dapat menempatkan diri ke pentas berprestij itu selepas lebih sedekad berada di dalam industri seni.

Bagaimanapun persembahan Sarah pada malam itu tidak menepati jangkaan ramai, biarpun mendapat sorokan dari penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Malah isteri kepada Shuib Sepahtu ini turut mengakui mutu vokalnya tidak seperti kebiasaannya.

Jelas Sarah, dia hanya mahu memberikan yang terbaik, namun faktor kesihatan sedikit sebanyak mempengaruhi vokalnya pada malam itu.

"Maaf dah berapa hari Sarah tak post apa-apa selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan...

"Sarah dan team telah pun cuba untuk buat yang terbaik, dari semua aspek. Tapi nasib tak berapa baik, malam final Sarah tak sihat,tekak jadi perit (mungkin over practice).

"Ramai yang cakap malam itu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit-jerit sebab Sarah cuba untuk buat yang terbaik walaupun dalam keadaan yang tak sihat.

"Tentang arrengement, Sarah dan management telah pun decide sejak awal lagi untuk new arrengement dan mungkin ini kesilapan dari pihak kami sebab ramai yang suka arrengement asal.

Artikel Berkaitan:

"Tapi niat hanya satu untuk memberikan yang terbaik buat semua," jelasnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Tidak berputus asa, Sarah berkata, dia berharap mendapat peluang untuk kembali bersaing di pentas AJL akan datang.

Malah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut meminta peminatnya mendoakan kesihatannya agar kembali pulih.

"Sarah nak ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan pada Sarah dan lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu di final.

"Terharu sangat sebab ini pertama kali Sarah berada di pentas AJL. Insya-ALLAH jika ada peluang lagi di AJL, Sarah dan team akan perbaiki lagi.

"Sekarang Sarah masih lagi tak sihat dan doakan Sarah cepat sihat untuk sambung balik aktiviti Sarah.

"AJL adalah moment terbaik selama Sarah berada di dalam industri. Tahniah pada semua pemenang," katanya yang turut mengucapkan terima kasih pada semua yang terlibat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!