Bila Fafau 'tazkirah' Jihan...
SEJAK beberapa hari lalu, berita mengenai 'penghijrahan' imej pengacara, Jihan Muse menjadi antara topik hangat diperkatakan.
Biarpun tidak menyatakan dirinya sudah bertudung, namun ramai yang memberi respons positif di atas perubahan wanita berusia 36 tahun itu.
Malah rakan baik Jihan, Fara Fauzana turut memberi kata-kata perangsang buat ibu kepada Ungku Arsalan Haq ini.
"Aku pun dulu tak faham orang cakap 'moga istiqomah'. Apo kobondo tu (Apa benda tu). Then later baru faham yang bermaksud buat benda secara berterusan.
"Istiqomah tak semestinya tentang tudung, solat dan lain-lain.
"Dalam kehidupan pun, istiqomah bagi duit pada ibu bapa, istiqomah dalam menyediakan makan minum suami, istiqomah like the things that you do.
"Sekian tazkirah Zohor dari ustazah parah (Fara)," kongsi Jihan mengenai perbualannya dengan Fara atau Fafau menerusi Insta Stories miliknya.
Malah Jihan juga turut mengucapkan terima kasih dan berharap terus istiqamah dalam apa yang dilakukannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!