Taman awam ditutup untuk aktiviti riadah, sukan

Taman awam di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup untuk aktiviti riadah dan sukan. - Foto Bernama
Taman awam di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup untuk aktiviti riadah dan sukan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Taman awam di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup untuk aktiviti riadah dan sukan, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, apabila kerajaan mengumumkan aktiviti seperti berbasikal dan berjoging dibenarkan sepanjang 14 hari PKP, ia adalah untuk di sekitar kawasan kejiranan sahaja.

"Taman awam akan ditutup semasa PKP. Tidak akan ada joging atau aktiviti riadah lain di sana kerana kita tidak mahu tempat-tempat ini sesak.

"Saya berharap orang ramai tidak pergi ke taman awam kerana tindakan boleh diambil terhadap mereka oleh pihak berkuasa yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan, " katanya pada Khamis.

Sehubungan itu, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti riadah mereka di sekitar kawasan kejiranan mereka sahaja.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!