Mahdzir bakal didakwa SPRM?

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dijangka bakal didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik laporan The Star, sumber mendedahkan kes Mahdzir berkaitan dengan projek panel tenaga solar bernilai RM1.25 bilion bagi sekolah di Sarawak.

Katanya, Mahdzir akan dipanggil ke SPRM esok dan dijangka akan ditahan untuk didakwa pada Jumaat.

Sebelum Mahdzir, beberapa individu lain telah didakwa termasuk pengarah syarikat dan peguamnya serta isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!