Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup
KOTA BHARU - Gelombang ketiga banjir yang melanda Kelantan sejak 4 Jan lalu pulih sepenuhnya, selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di jajahan Pasir Mas menamatkan operasinya petang Khamis.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh yang menempatkan 32 orang, ditutup pada 6 petang tadi.
“Alhamdulillah, kesemua mangsa yang terjejas telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekitar 6 petang tadi, berikutan keadaan cuaca baik dan tiada hujan sejak beberapa hari lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, setakat 6 petang ini Sungai Golok di Kuala Jambu masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya, iaitu 2.52 meter (bahaya 2.50 meter). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!