FAM nafi kenyataan Kelantan FC berdepan pemotongan tiga mata
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakan pemotongan tiga mata ke atas Kelantan FC sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemain pasukan berkenaan.
Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.
Dalam kenyataan medianya itu, Stuart memaklumkan kenyataan sebenarnya telah dirumuskan sendiri oleh wartawan yang menemu bualnya.
Malah, beliau juga telah mengelak untuk menjawab soalan berkenaan pemotongan mata itu supaya tidak mengeruhkan keadaan antara KAFA dan Kelantan FC.
"Saya tak nak 'speculate' dan saya juga tak nak keruhkan keadaan di peringkat domestik, saya rasa relationship... hubungan antara FA Kelantan dan FC Kelantan amat penting untuk berada di dalam sistem atau di dalam environment yang baik untuk masalah-masalah ini dilunaskan dan diselesaikan bersama.
"Saya pun tak nak speculate atau give any indication yang mungkin akan spark benda yang tidak diingini di peringkat domestik hubungan antara FA dan FC.
"Tetapi sebagaimana saya katakan tadi, Kelantan FA dalam mesyuarat tempoh hari sudah beri jaminan atau persetujuan untuk cuba membuat bayaran tersebut dan saya harap perkara itu akan dibuat," kata Stuart dalam perbualannya dengan wartawan berkenaan yang dikongsi dalam kenyataan media tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Kafa akan bertanggungjawab tuntutan gaji 11 bekas pemain
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!