Emma Maembong, suami positif Covid-19
SHAH ALAM - Pelakon popular, Emma Maembong mengesahkan dirinya positif Covid-19 walaupun tanpa gejala dijangkiti wabak berkenaan.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 29, memaklumkan perkara itu menerusi Instagramnya.
Menurutnya, keputusan itu diterima selepas dia melalui ujian saringan Covid-19 di kediamannya melalui perkhidmatan sebuah klinik mesra keluarga yang dijalankan rumah ke rumah.
Menerusi sebuah video berdurasi 41 saat yang dimuat naiknya, Emma turut menunjukkan dirinya sedang menjalani ujian calitan di kediamannya.
“Buat ujian calitan di rumah sendiri bersama @kumpulan_megaklinik_zahran. Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan.
"Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif. Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita,” tulisnya.
Sementara itu, suami Emma, Shazli Azhar turut berkongsi tentang perkembangan dirinya yang positif Covid-19 menerusi Instagram.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!