Korea Selatan lanjut sekatan perjalanan ke luar negara

Korea Selatan pada Jumaat melanjutkan sekatan perjalanan ke luar negara selama sebulan lagi kerana penularan Covid-19 yang berterusan. - Foto 123RF
Korea Selatan pada Jumaat melanjutkan sekatan perjalanan ke luar negara selama sebulan lagi kerana penularan Covid-19 yang berterusan. - Foto 123RF
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan pada Jumaat melanjutkan sekatan perjalanan ke luar negara selama sebulan lagi kerana penularan Covid-19 yang berterusan, kata Kementerian Luar.

Langkah yang berkuat kuasa sehingga 15 Februari itu meminta warganya membatalkan atau menangguhkan rancangan perjalanan ke luar negara.

Sekatan perjalanan yang dikuat kuasa sebelum ini akan berakhir pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kementerian berkata, tindakan itu dilanjutkan kerana banyak negara di seluruh dunia menyambung sekatan kemasukan dari luar negara dan banyak penerbangan antarabangsa masih digantung.

Rakyat juga disaran mematuhi garis panduan kebersihan, menghindari perhimpunan besar dan aktiviti luar dan meminimumkan kontak dengan orang lain. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!