Pemuda UMNO tentang usaha lucut keistimewaan TH

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menentang keras sebarang usaha bagi menanggalkan keistimewaan yang ada pada Lembaga Tabung Haji (TH) dengan menyemak atau menghilangkan terus ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan ke atas wang pendeposit institusi berkenaan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini disebabkan TH merupakan institusi cukup istimewa dan terlalu bernilai buat umat Islam yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi ummah sejak ia ditubuhkan pada 1963.

“Justeru, Pemuda UMNO menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberikan jaminan kepada lebih 9.4 juta pendeposit bahawa kerajaan Perikatan Nasional hari ini akan terus mempertahankan jaminan kerajaan terhadap setiap wang pendeposit yang menjadi keistimewaan TH,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perbincangan Zulkifli dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan beberapa penambahbaikan dalam tadbir urus TH.

ARTIKEL BERKAITAN: JPM,MOF bincang model baharu operasi Lembaga Tabung Haji

Menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis, Zulkifli berkata, antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan model baharu operasi TH, semakan semula ketetapan jaminan kerajaan dan pindaan Akta 535 (Akta Tabung Haji 1995)

Asyraf berkata, pihaknya memandang serius kenyataan dibuat oleh Zulkifli berkenaan termasuk mengenai kemungkinan pindaan ke atas Akta 535.

CADANGAN PINDAAN AKTA TABUNG HAJI 1995: JANGAN SESEKALI CUBA DIPINDA HAK JAMINAN PENDEPOSIT! Pergerakan Pemuda UMNO...

Artikel Berkaitan:

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Thursday, January 14, 2021

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!