PKPB: Solat Jumaat di Negeri Sembilan
15 Januari 2021 04:17pm
Masa membaca: 4 minit
Para jemaah mendengar khutbah solat Jumaat yang disampaikan oleh Imam Masjid Sri Sendayan Mohd Aizat Jahaya yang bertajuk 'Raja Berdaulat Negeri Berkat' dalam suasana norma baharu iaitu menjarakkan diri kira-kira satu meter antara jemaah yang lain serta memakai pelitup muka seperti yang ditetapkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika tinjauan di Masjid Sri Sendayan, hari ini.
Para jemaah dilihat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri semasa menghadiri solat Jumaat ketika tinjauan di Masjid Sri Sendayan, hari ini.
Pelaksanaan penetapan syarat tersebut adalah untuk membendung penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.
Negeri Sembilan membenarkan semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat Fardhu dan Solat Jumaat di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).