Hari akhir kelonggaran rentas negeri, laluan ke ibu kota lancar

Tinjauan di Plaza Tol Ipoh Selatan lengang pada Jumaat.
Tinjauan di Plaza Tol Ipoh Selatan lengang pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Tempoh kelonggaran pergerakan rentas negeri dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir tengah malam pada Jumaat menyaksikan aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan plaza tol menghala keluar ke ibu negara lancar.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pergerakan trafik lebuh raya di Gopeng dan Ipoh serta Kawasan Rehat dan Rawat Simpang Pulai lancar tanpa ada kesesakan setakat jam 6 petang.

Penjawat awam, Zuhafizah Zaki, 40, berkata, kelonggaran yang diberikan kerajaan memudahkan perjalanan pulang ke ibu kota selepas bercuti di kampung halaman di Bagan Serai.

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai yang menjadi tumpuan pengguna lebuh raya untuk ke Kuala Lumpur tidak sesak dan hanya kenderaan perdagangan beroperasi kelihatan di lebuh raya pada Jumaat.
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai yang menjadi tumpuan pengguna lebuh raya untuk ke Kuala Lumpur tidak sesak dan hanya kenderaan perdagangan beroperasi kelihatan di lebuh raya pada Jumaat.

“Kami pulang ke kampung sebelum Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri-negeri terlibat.

“Dengan kelonggaran diberikan, perjalanan pulang ke Seri Kembangan mudah, namun kami masih mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu mendapatkan permit pergerakan PKP di balai polis meskipun mempunyai surat kebenaran daripada majikan,” katanya di sini pada Jumaat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa berkata, kelonggaran pergerakan rentas negeri diberikan bagi kes-kes tertentu di seluruh negara dengan syarat utama perlu mendapatkan kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia.

Tinjauan di R&R Simpang Pulai mendapati sedikit lengang pada hari terakhir kelonggaran pergerakan rentas negeri pada Jumaat.
Tinjauan di R&R Simpang Pulai mendapati sedikit lengang pada hari terakhir kelonggaran pergerakan rentas negeri pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ini termasuklah mereka yang terkandas di kampung, yang telah membeli tiket penerbangan atau tiket bas ekspres masing-masing.

Beliau seterusnya meminta mereka yang masih terkandas di mana-mana kampung, untuk pulang segera selewat-lewatnya Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas negeri untuk kes tertentu perlu kebenaran polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!