Covid-19: angka kematian lepasi dua juta
Petugas kesihatan di Bangladesh mengebumikan jenazah pesakit Covid-19. - Agensi
A
A
A
PARIS - Jumlah kematian akibat Covid-19 kini melepasi dua juta mangsa di seluruh dunia pada Jumaat.
Berdasarkan rekod AFP, sekurang-kurang 2,000,066 kematian akibat wabak itu disahkan.
Secara global, jangkitan Covid-19 melonjak dengan purata 724,000 kes baharu sehari direkodkan sepanjang tempoh seminggu yang lalu, menurut penjumlahan AFP - naik 10 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Penularan di Amerika Latin dan Caribbean menyaksikan lonjakan ketara dengan bilangan kes meningkat 26 peratus, minggu ini.
Manakala di Eropah yang mencatatkan lebih 650,000 korban Covid-19 setakat ini, timbul kebimbangan bahawa penangguhan suntikan vaksin Pfizer akan melambatkan lagi pelaksanaan vaksinasi.
Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) WHO menggesa pelaksanaan vaksinasi besar-besaran bagi menyekat penularan pantas itu, di tengah-tengah kemunculan varian baharu.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, beliau mahu melihat vaksinasi dilaksanakan di setiap negara dalam tempoh 100 hari akan datang supaya petugas kesihatan dan golongan berisiko tinggi dapat dilindungi trelebih dahulu. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!