[VIDEO] WFH: Hos Sinar Live singkap rahsia siaran langsung

Haslina mengendalikan siaran langsung Sinar Live dari rumahnya semalam.
Haslina mengendalikan siaran langsung Sinar Live dari rumahnya semalam.
A
A
A

MENGENDALIKAN program siaran langsung tidak semudah yang disangka. Biarpun program hanya 30 minit, persiapan rapi harus dibuat untuk memastikan 'on air' seperti dijadualkan.

Kebiasaannya bersiaran di studio, semuanya disediakan oleh petugas teknikal, team Sinar Live hanya perlu berbincang dengan bakal panel dan menyediakan soalan yang akan dibincangkan nanti.

Namun apabila kerajaan menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dan mahukan petugas agensi kerajaan dan swasta mengurangkan kehadiran staf ke pejabat, kami tidak terkecuali!

Unit video Sinar Harian turut menyahut seruan kerajaan untuk bekerja dari rumah. Ya unit video itu termasuk saya sendiri.

Wah, projek bekerja dari rumah (WFH) sudah bermula. Tapi kalau di jabatan kerajaan, istilahnya BDR, tetapi biar apapun ini adalah cabaran baharu buat kami.

Walau apapun berlaku, Sinar Live mesti 'on air' setiap Rabu dan Jumaat, jam 8.30 malam tanpa gagal.

Ia tidak mudah seperti dijangka!

HASLINA AR KAMALUDIN
HASLINA AR KAMALUDIN

Sinar Live kendalian saya perlu bermula, live Haslina AR Kamaludin perlu bertatih, cuba untuk bersiaran langsung dari rumah.

Artikel Berkaitan:

Pada mulanya, perkara paling utama merisaukan adalah mampukah saya?.

“Kedua aku kena tengok peralatan yang diperlukan untuk live, maklumlah aku akan live bersendiran di rumah.

“Kelengkapan perlu lengkap. Paling penting pencahayaan lampu, mikrofon dan internet yang baik membantu melancarkan setiap program,” getus saya dalam hati.

‘Kurung’ suami, anak dalam bilik

Kemudiannya teringat saya dengan tiga anak di rumah! Apa yang harus saya lakukan untuk ‘senyapkan’ mereka seketika?

“Saya ada tiga anak yang sedang membesar, si bongsu Anas berusia empat tahun, ini yang sering ganggu saya apabila saya buka laptop. Anaslah yang akan berada atas riba saya. Sebab itu saya pilih untuk bekerja di pejabat.

Antara kenamaan yang menjadi tetamu Haslina dalam program Sinar Live adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara kenamaan yang menjadi tetamu Haslina dalam program Sinar Live adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Teringat saya Azmi Nasir, suami yang perlu uruskan anak-anak. Mujurlah suami memahami tugas saya, dia membawa anak-anak dan berkurung dalam bilik sehingga saya selesai live.

Arahan saya untuk suami 'mengurung' dirinya dan tiga anak berjaya, terima kasih daddy yang sentiasa supportive.

Bersiaran dari rumah sangat mencabar buat saya.

Lampu, laptop dan segala kelengkapan perlu tersedia sejam sebelum program.

Bantuan suami amat dihargai. Bermula dengan memastikan talian internet dalam keadaan baik, hinggalah menjadi penyelesai masalah lampu yang tidak berkaki.

Live hanya berkain batik

Selesai isu teknikal, masalah lain pula buat saya. MUA (juru solek), bagaimana? Selalunya saya hanya menadah muka kepada Aim Azam, juru solek yang saya gunakan sejak tiga bulan lalu.

Saya kena lakukan sendiri semuanya. “Haslina kena buat sendiri!”.

Haslina mengenakan kain sarung batik ketika siaran langsung Sinar Live semalam.
Haslina mengenakan kain sarung batik ketika siaran langsung Sinar Live semalam.

“Saya cuba ‘make up’ sendiri, urghh nampak cabaran live dari rumah datang lagi.

“Gincu merah menyala, muka nampak pucat seperti tak memakai pemerah pipi dan tudung senget-benget itu antara cabaran yang saya tempuh.

Jam menunjukkan 8.15 malam, hanya 15 minit lagi berbaki sebelum saya mula bersiaran langsung, saya masih belum siap sepenuhnya.

Akhirnya, saya pilih untuk berkain batik. Sarung, ikat tepi. Siap!

Bukan orang nampak pun, asalkan yang atas tu nampak cantik, kira dah ok lah, kan. Apa yang penting, sepanjang Sinar Live berlangsung, saya nampak molek.

Apabila seorang diri mengendalikan semuanya, saya perlu betul-betul ikut arahan daripada rakan produser di studio.

Haslina ketika Sinar Live bersama Presiden (penaja) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Haslina ketika Sinar Live bersama Presiden (penaja) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Terima kasih pasukan yang sentiasa bersama saya, baik di studio atau di rumah. Merekalah tulang belakang saya.

Semasa siaran langsung, produser di studio menghubungi dan memberikan 'count down'. Semua kena pantas agar suaranya tidak termasuk dalam audio saya.

Tanpa mereka, mungkin live saya tidak berjalan lancar.

Tepat 8.29 malam, ready for live count down bermula, 10, 9, 8 ... 3, 2, 1, roll montaj dan saya terus membuat kata-kata pembukaan dan memperkenalkan panel.

Syukur sesi 30 minit saya berjalan lancar.

Ketika mengendalikan siaran langsung Sinar Live di Studio F, Sinar Harian.
Ketika mengendalikan siaran langsung Sinar Live di Studio F, Sinar Harian.

Alhamdulillah, hari pertama bekerja dari rumah mengendalikan Sinar Live, saya rasa ohsem!

Norma baharu, ini betul-betul baru buat saya dan team Sinar Live.

Kami lakukan yang terbaik untuk anda.

Terus sokong Sinar Live.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!