Kerajaan gandakan usaha bantu tingkat taraf hidup rakyat

 Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) semasa menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Parlimen Pagoh di Bukit Pasir, hari ini. - Foto Bernama
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) semasa menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Parlimen Pagoh di Bukit Pasir, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PAGOH - Kerajaan akan menggandakan usaha memberi lebih banyak peluang terutama pekerjaan kepada rakyat dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan juga sedang mencari jalan bagaimana membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan mereka, katanya.

“Caranya ialah kita perlu bekerja kuat untuk meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran dan seterusnya dapat menyediakan lebih peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 peringkat Parlimen Pagoh di sini, malam ini.

Muhyiddin berkata, sejak beberapa bulan menerajui negara, kerajaan PH berusaha untuk membantu rakyat dan ianya sering menjadi perhatian utama dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Katanya oleh sebab itu, kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas Kabinet bagi mengatasi kos sara hidup yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kira-kira 1,000 penduduk sekitar Pagoh hadir majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Pagoh di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Jern, Bukit Pasir. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!