Adik Mohamad Nor Atho’ullah terima sumbangan Jemaah Menteri

Dr Adham Baba (tiga dari kiri) mewakili pihak jemaah menteri menyampaikan bantuan kepada adik Mohamad Nor di PKRC.
Dr Adham Baba (tiga dari kiri) mewakili pihak jemaah menteri menyampaikan bantuan kepada adik Mohamad Nor di PKRC.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mewakili Jemaah Menteri Kabinet menyampaikan bantuan kepada anak mangsa Covid-19 yang meninggal dunia, Mohamad Nor Atho’ullah dan adik- beradiknya di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Adham turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mohamad Nor di atas pemergian bapanya, Mohamad Kamil Ghazali yang meninggal dunia pada usia 51 tahun.

"Saya ucapkan takziah kepada semua, moga ALLAH SWT tempatkan arwah ayah anda di kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Shaari; Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Norhayati Rusli; Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Datin Maizatul Akmam Alawi @ Ad Badawi dan pegawai-pegawai kanan KKM.

Dalam pada itu, kakak Mohamad Nor, Nur Kamilatul Alifah, 26, terharu dengan sumbangan berkenaan.

KKM berkata, Mohamad Nor dan juga adik-beradiknya yang lain sudah sembuh dan dibenarkan keluar daripada PKRC.

Terdahulu, tular video Mohamad Nor, 11, kelihatan ditenangkan pesakit Covid-19 lain yang ditempatkan di PKRC di MAEPS, Serdang selepas bapanya, Mohamad Kamil meninggal dunia akibat Covid-19.

Perkongsian video itu meruntun hati warganet yang meluahkan rasa sedih selain memberi kata semangat kepada Mohamad Nor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!