Gudang acuan sarung tangan terbakar

Gudang penyimpanan acuan sarung tangan di Bandar Baru Salak Tinggi terbakar malam Sabtu.
Gudang penyimpanan acuan sarung tangan di Bandar Baru Salak Tinggi terbakar malam Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Sebuah gudang penyimpanan acuan sarung tangan di Lot 1, Jalan 3, Kawasan Perusahaan, Bandar Baru Salak Tinggi terbakar malam Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 7.12 malam.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) antaranya BBP KLIA, BBP Sepang, BBP Cyberjaya dan BBP Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian itu melibatkan gudang menyimpan acuan sarung tangan yang terbakar 50 peratus," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!