Pemancing jumpa mayat terapung

Mayat seorang lelaki ditemukan terapung oleh pemancing di Tanjung Rambutan pada Sabtu. - Foto Ihsan pembaca
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung oleh pemancing di Tanjung Rambutan pada Sabtu. - Foto Ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kolam takungan banjir Sungai Pinji, Taman Indah, Tanjung Rambutan di sini pada Sabtu.

Mayat Daniel Lau Khai Wen, 25, ditemukan seorang lelaki yang sedang memancing kira-kira jam 6 petang sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan individu yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Balai Polis Tambun.

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. - Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. - Foto Ihsan JBPM

Menurutnya, identiti mangsa berjaya dikenalpasti selepas pengecaman dilakukan oleh bapanya di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal pihak bomba mengesyaki mangsa telah meninggal dunia sejak dua hari lalu.

Pihak keluarga menyatakan mangsa merupakan seorang pendiam dan tidak akan menceritakan masalah kepada sesiapa,” katanya.

A Asmadi berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk jalani prosedur Covid-19 dan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!