MKN nafi kuat kuasa PKP di Kedah mulai esok
KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah bermula esok (Isnin) sehingga 31 Januari ini, seperti yang tular di media sosial.
Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 11 malam Sabtu.
Sehubungan itu, MKN meminta orang untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!