Pasar hari Apollo ditutup tujuh hari

Pengunjung pasar hari Apollo dilihat tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Pengunjung pasar hari Apollo dilihat tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
A
A
A

BUTTERWORTH - Pasar hari Apollo di Jalan Raja Uda di sini diarahkan ditutup selama tujuh hari bermula Ahad selepas penganjurnya gagal memastikan pelanggan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tindakan itu dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan pemeriksaan melalui Ops Pemantauan Pematuhan SOP di pasar terbabit pada pagi Ahad.

Menurutnya, operasi bersepadu yang turut disertai anggota Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bermula jam 8.30 pagi mendapati tiada penjarakkan fizikal di antara pelanggan.

“Penganjur juga didapati tidak mengawal had keluar dan masuk pelanggan manakala kawasan di dalam pasar terlampau sesak sehingga menyukarkan penjarakkan fizikal.

“Laluan masuk ke dalam pasar juga tiada tanda penjarakkan fizikal dan orang awam beratur sehingga ke bahu jalan sehingga boleh membahayakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Noorzainy berkata, pihaknya telah mengarahkan penganjur membuat perancangan pengurusan bagi mengawal pelanggan dengan lebih sistematik dan mematuhi SOP.

Sementara itu, dalam pemeriksaan di Pasar Awam Bagan Ajambdi sini mendapati penganjur tidak mengawal had keluar dan masuk pelanggan.

“Kita dapati terdapat lorong tikus yang membolehkan pengunjung boleh masuk melaluinya.

Artikel Berkaitan:

“Kita memberi amaran supaya penganjur membuat susun atur semula sistem keluar dan masuk pengunjung atau bakal berdepan dengan tindakan penutupan,” katanya.

Beliau berkata, operasi berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan orang ramai mematuhi semua SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!