Mayat lelaki ditemukan berhampiran jeti LKIM

Anggota bomba mengangkat mayat yang ditemukan di tebing sungai Endau berhampiran Jeti LKIM, Mersing pada Ahad.
Anggota bomba mengangkat mayat yang ditemukan di tebing sungai Endau berhampiran Jeti LKIM, Mersing pada Ahad.
A
A
A

MERSING - Mayat seorang lelaki dewasa ditemukan orang awam di tebing Sungai Endau bersebelahan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini pada Ahad.

Mayat tanpa sebarang identiti itu ditemukan pada jam 12.29 tengah hari sebelum kejadian tersebut dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pihak polis meminta bantuan bomba untuk menaikkan mayat tersebut sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan Badrulhisham Mohamad berkata, mereka dibantu satu jentera Light Fire Rescue Team (LFRT).

“Pihak bomba bertindak mengangkat mangsa yang berada di tebing sungai dengan menggunakan satu unit siling hook dan stretcher sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Tiada dokumen peribadi dijumpai pada mayat. Operasi tamat pada jam 12.53 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!