Tiga remaja melakukan aksi berbahaya di Lekas ditahan

Tiga remaja dan motosikal dibawa ke IPD Seremban untuk siasatan lanjut.
Tiga remaja dan motosikal dibawa ke IPD Seremban untuk siasatan lanjut.
A
A
A

SEREMBAN - Tiga remaja yang disyaki melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di jalan raya di Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) berhampiran Senawang di sini ditahan pada Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aktiviti tiga remaja berusia 17 hingga 19 tahun itu dikesan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman ketika menjalankan Op Samseng Jalanan pada jam 1.40 pagi.

"Kita mendapati remaja berkenaan menunggan motosikal dan melakukan aksi bersaing sesama sendiri, aksi zig-zag serta menundukkan badan bermula dari Plaza Tol Ampangan hingga susur keluar Seremban. Aksi tunggangan itu berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

"Mereka kemudian memberhentikan motosikal di hadapan sebuah restoran di Senawang sebelum ditahan pada jam 1.55 pagi," katanya dalam satu kenyataan.

Nadzri berkata, kesemua remaja itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut.

"Motosikal yang ditunggang individu terbabit turut dibawa ke IPD Seremban untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!