MPK tarik kebenaran operasi pasar pagi, pasar tani

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menarik semula kebenaran operasi pasar pagi dan pasar tani di daerah itu selepas mengambil kira perkembangan semasa situasi Covid-19.
Majlis Perbandaran Klang (MPK) menarik semula kebenaran operasi pasar pagi dan pasar tani di daerah itu selepas mengambil kira perkembangan semasa situasi Covid-19.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menarik semula kebenaran operasi pasar pagi dan pasar tani di daerah itu selepas mengambil kira perkembangan semasa situasi Covid-19.

Yang Dipertuanya, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pembukaan pasar pagi dan pasar itu akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Bagaimanapun, pasar awam di kawasan MPK masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Untuk rekod, Klang mencatatkan kes harian Covid-19 sebanyak 337 kes pada Jumaat lalu diikuti 441 kes pada Sabtu dan 290 kes pada Ahad.

Semalam, MPK dalam satu kenyataan membenarkan aktiviti perniagaan penjaja atau peniaga pasar pagi yang berlesen dijalankan dengan syarat mematuhi SOP ditetapkan.

Ia termasuk perlu menyediakan peranti pengimbas suhu elektronik beserta imbasan kod QR dan buku rekod kehadiran pelanggan bagi tujuan keselamatan dan kawalan kendiri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!