Peluang lebih banyak selepas Big Stage: Syafiq Farhain

Syafiq Farhain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza
Syafiq Farhain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza
A
A
A

PENYANYI baharu yang sedang meningkat naik, Syafiq Farhain mengakui didatangi pelbagai peluang menarik untuk mengembangkan bakatnya selepas bergelar naib juara program Big Stage tahun lalu.

Pada awalnya, Syafiq yang juga anak kepada Allahyarham Saleem Iklim ini menjangkakan namanya hanya menjadi sebutan ketika program tersebut berlangsung sahaja،dan selepas itu dilupakan kerana sedar akan persaingan sengit daripada bakat baharu yang lain.

“Kalau ikutkan saya memang tak sangka mendapat pelbagai peluang selepas program Big Stage berakhir kerana pada mulanya saya fikir orang hanya melihat saya ketika program itu berlangsung sahaja.

“Namun Alhamdulillah sehingga ke hari ini، banyak tawaran datang kepada saya, bukan hanya dalam bidang nyanyian، tetapi juga dalam lakonan dan pengacaraan.

“Biarpun saya sebenarnya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang-bidang lain, namun apabila peluang datang di depan mata، tidak salah rasanya untuk mencuba dan melihat sejauh mana kemampuan saya، ” ujarnya.

Syafiq Farhain. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI & Instagram Syafiq Farhain
Syafiq Farhain. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI & Instagram Syafiq Farhain

Syafiq bakal tampil dengan filem pertamanya, Hero Bomba yang bakal menemenui penonton tidak lama lagi، selain berkongsi bakatnya dalam bidang pengacaraan sebagai hos program travelog, Apa Lagi, Terenggganulah.

“Alhamdulillah walaupun saya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan dan pengacaraan، namun semuanya berjalan lancar menerusi tunjuk ajar pihak yang terlibat dalam projek-projek tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Saya akui sebagai orang baharu, semestinya banyak kelemahan yang ada pada diri saya. Bagaimanapun، dari masa ke semasa insya-ALLAH saya akan sentiasa memperbaikinya.

“Jujurnya saya memang seronok dengan pengalaman-pengalaman baharu yang diperoleh dan tidak menolak sekiranya ada lagi tawaran lain jika ia datang kena pada masa dan caranya,” katanya teruja.

Berkongsi tentang perkembangan kerjaya nyanyiannya pula، kata Syafiq, dia kini dalam rangka promosi single duetnya bersama penyanyi Baby Shima, Manis Manis Cinta yang juga merupakan lagu terakhir ciptaan komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah.

Sebuah lagi duet, menyaksikan gandingannya dengan vokalis Hyper Act yang juga merupakan lagu ost sebuah filem.

“Saya melihat ia sebagai satu perkembangan yang cukup positif untuk kerjaya nyanyian saya apabila dapat tampil dengan dua single baharu, sekaligus memenuhi permintaan peminat yang mahukan saya tampil dengan lagu baharu.

“Dalam masa yang sama, saya baru selesai merakamkan sebuah single solo yang dijangka akan release tidak lama lagi.

“Saya harap peluang begini akan datang secara berterusan dalam usaha saya untuk membina kerjaya seni dengan sebaik yang mungkin,” luahnya.

Syafiq Farhain. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI & Instagram Syafiq Farhain
Syafiq Farhain. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI & Instagram Syafiq Farhain

Gementar satu pentas dengan TokTi

Ditanya tentang perasaannya apabila bakatnya telah menarik perhatian penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Syafiq yang dikenali menerusi lagu Aku Jatuh Cinta ini menganggap ia sebagai tuah dirinya.

“Waktu TokTi kata mahu berduet dengan saya semasa program dalam Program Big Stage dulu, saya anggap ia hanyalah gurauan semata-mata dan tidak pernah berangan untuk perkara itu.

“Namun tidak sangka ia menjadi kenyataan apabila dia benar-benar menjemput saya untuk berduet dengannya menerusi program Bintang Minggu Ini، baru-baru ini.

“Punyalah gementar sampai saya tak boleh nak menyanyi. Duduk sebelah dia pun dah berdebar، apatah lagi membuat persembahan bersamanya. Memang satu pengalaman yang macam mimpi buat saya,” akuinya.

Syafiq Farhain. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI & Instagram Syafiq Farhain
Syafiq Farhain. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI & Instagram Syafiq Farhain

Meski namanya semakin menyinar dalam bidang seni, Syafiq bagaimanapun menegaskan belum berhasrat untuk meninggalkan kerjayanya sebagai anggota bomba. Sebaliknya mengakui pada ketika ini selesa untuk menggalas tanggungjawab dalam kedua-dua bidang tersebut selagi termampu.

“Buat masa ini saya memang belum berhasrat meninggalkan kerjaya sebagai ahli bomba kerana selesa dan seronok dengan apa yang dilakukan selama ini.

“Apa yang penting, saya pandai membahagikan masa dengan sebaiknya agar aktiviti seni saya tidak menganggu rutin saya sebagai ahli bomba.

“Saya tidak boleh meramal hari esok kerana kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku, tetapi buat masa ini, saya selesa dengan dua kerjaya ini,” tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!