Hospital Tanah Merah baharu terbakar

Gambar tular berhubung kejadian kebakaran di Hospital Tanah Merah baharu yang sedang dalam pembinaan pada jam 8.54 malam pada Ahad.
Gambar tular berhubung kejadian kebakaran di Hospital Tanah Merah baharu yang sedang dalam pembinaan pada jam 8.54 malam pada Ahad.
A
A
A

TANAH MERAH - Hospital Tanah Merah baharu yang sedang dalam pembinaan terlibat dalam satu kebakaran pada jam 8.54 malam pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zin berkata, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian mendapati kebakaran tersebut berlaku di aras tiga bangunan tersebut.

"Hospital tersebut tujuh tingkat dan kebakaran berlaku di tingkat tiga melibatkan pemasangan kabel elektrik. Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.38 malam," katanya.

Rafain juga memberitahu, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!