Bekas pengarah MCT nafi pembabitan dalam insiden kuil

Kuil Sri Maha Mahariamman
Kuil Sri Maha Mahariamman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah MCT Berhad Tong Seech Wi hari ini menafikan pembabitannya dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Putra Heights, Subang.

Katanya beliau telah meninggalkan syarikat itu pada Februari lalu selepas menjual majoriti sahamnya dalam syarikat.

“Saya meletak jawatan sebagai pengarah pada 28 Februari 2018, justeru saya tidak lagi terlibat dalam pengurusan mahupun operasi MCT Berhad atau subsidiarinya One City Development Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tong berkata beliau terpanggil untuk memberi penjelasan susulan gambarnya tular menerusi media sosial mengaitkan beliau dengan tanah tapak kuil tersebut.

“Saya menafikan sebarang pembabitan dalam kejadian yang belaku itu,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kuil: Penganut diseru patuhi keputusan mahkamah]

Tong turut meluahkan rasa sedih dengan kejadian dan menggesa semua pihak agar bertenang serta menyelesaikan isu secara baik.

Setakat ini 21 individu telah ditahan berhubung kejadian rusuhan yang berlaku di perkarangan kuil serta kawasan sekitar pada awal Isnin dan Selasa yang turut menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah.

Selain itu, perusuh turut membakar 23 kenderaan serta merosakkan sebuah bangunan. – Bernama

Artikel Berkaitan:


.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!