Jadikan kejatuhan empayar Islam sebagai iktibar
SHAH ALAM - Pemuda Umno mengambil iktibar daripada kejatuhan zaman keagungan pemerintahan Islam dahulu yang berpunca daripada pemimpin tidak mengikut ajaran Islam sebenar.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kejatuhan itu bukan kerana ajaran Islam yang tidak betul, tetapi disebabkan oleh pemimpin-pemimpinnya yang alpa.
“Begitu juga dengan Umno، jika dilihat dari segi perjuangan Umno, tidak ada siapa yang menidakkan bahawa Umnolah yang mencorakkan bagaimana Islam membangun dalam negara hingga dihormati di mata dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Umno, mohon jangan bodoh sombong lagi
“Ia bukan datang secara spontan، bukan tiba-tiba Malaysia boleh menjadi negara dibanggai negara Islam seluruh dunia، ia datang kerana kepimpinan yang diterajui oleh Umno، kerana dasar itu sendiri adalah untuk memartabatkan agama.
“Oleh itu، jatuhnya sesebuah empayar termasuk Umno، bukan kerana perjuangan tidak betul tetapi kerana kealpaan dan kesilapan pemimpin yang tidak akui kesilapan، ” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai amanat yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Umno، Datuk Mohamad Hasan dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di mana beliau mengingatkan agar pemimpin Umno tidak mengulangi sikap bodoh sombong sehingga parti itu kalah PRU14 lalu.
Asyraf Wajdi turut mengakui bahawa Umno sebelum ini banyak kelemahan serta melakukan kesilapan sehingga dihukum oleh rakyat.
“Banyak faktor menyebabkan kita kalah termasuklah isu-isu fitnah yang dimainkan pembangkang pada waktu itu PH dan segala janji bulan bintang yang dilafazkan.
“Tetapi dalam masa sama، kita perlu akui bahawa kita (Umno) juga ada kesilapan atas kelemahan kita، justeru perlu perbaiki untuk kita bangkit, ” katanya.
Ujar beliau, untuk membolehkan Umno bangkit semula, pra-syarat utama seperti mana disebut Mohamad، adalah Umno kembali kepada dasar perjuangan sebenar.
“Kembali kepada rakyat، buang sikap angkuh, pentingkan diri sendiri dan sikap sanggup berantakan sesama sendiri kerana kejar pangkat serta projek kebendaan yang akhirnya dicemuh oleh rakyat.
“Alhamdulillah hari ini, Pemuda telah membawa suatu wajah baharu sebagaimana disepakati bersama bahawa Pemuda tidak mahu terpalit dengan sebarang isu-isu menyentuh soal integriti، penyimpangan dan politik wang، ” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!