KKM dedah tiga punca Covid-19 merebak cepat
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan tiga punca utama Covid-19 merebak dengan cepat.
Menerusi poster yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, tiga punca tersebut adalah rakan sekerja, rakan karib dan saudara mara.
Ia dikenalpasti apabila masyarakat tidak menggunakan pelitup muka ketika berkomunikasi antara satu sama lain.
Justeru orang ramai diingatkan sentiasa memakai pelitup muka untuk keselamatan diri dan orang sekeliling.
Setakat ini, negara mencatatkan 155,095 kes positif Covid-19 dan 594 kematian.
Kes harian tertinggi direkodkan adalah pada Sabtu dengan,4,029 kes.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!