'Alisha juga positif Covid-19, I'm sorry baby girl'
ANAK perempuan kepada vokalis Drama Band, Aepul Roza, Nur Saffiya Alisha disahkan positif Covid-19.
Berita itu dimaklumkan oleh Aepul di entri Instagram miliknya pada Ahad selepas dirinya juga dijangkiti wabak itu pada empat hari lalu.
Menerusi posting itu katanya, "My poor baby, Alisha juga positif. I'm sorry baby girl. Daddy jaga awak okay".
Pada Khamis lalu, beliau yang popular dengan lagu Biarkanlah, memaklumkan sudah menjalani ujian calitan dan disahkan positif yang kemudiannya laksana kuarantin sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, isterinya, Leez Rosli yang turut menjalani ujian calitan itu disahkan negatif.
Difahamkan, buat masa ini, dua beranak itu menjalani kuarantin di rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP).
ARTIKEL BERKAITAN Aepul Drama Band positif Covid-19
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!