Menteri arah DBKL, JKR baiki jalan berlubang sepanjang PKP

Annuar Musa mahu DBKL dan JKR mengambil peluang membuat pemeriksaan sekali gus membaiki jalan berlubang di ibu negara ketika PKP berkuat kuasa.-Gambar hiasan.
Annuar Musa mahu DBKL dan JKR mengambil peluang membuat pemeriksaan sekali gus membaiki jalan berlubang di ibu negara ketika PKP berkuat kuasa.-Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat pemeriksaan sekaligus membaiki jalan rosak di ibu negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurutnya, ia berikutan jalan di kawasan bandar raya agak lengang terutama pada waktu malam ketika PKP berkuat kuasa.

“Sepanjang PKP, lazimnya jalan di bandar raya agak lengang terutama waktu malam.

“Saya mahu DBKL dan JKR ambil peluang ini dengan membuat pemeriksaan ‘potholes’ dan terus membaikinya.

“Jangan pandang ringan keselamatan pengguna jalan Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.

Sementara itu, dalam ciapan berbeza, Annuar berkata, kerajaan khasnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggunakan pendekatan bersifat sensitif dan responsif kepada pandangan awam terutama dalam hal berkaitan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, setiap syor dibawa ke dalam mesyuarat dan mendapat pandangan pakar serta pihak berkuasa.

“Diubah suai jika perlu. Menteri Kanan menyelarasnya dengan baik.

Artikel Berkaitan:

“Tindakan-tindakan di peringkat negeri (wilayah persekutuan) dan PBT akan di selaras oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN), namun wajib mengikut dasar dan garis panduan MKN.

“Penyelarasan akan terus dilakukan. Ikuti ‘update’ harian KP KKM (Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Menteri Kanan (keselamatan) (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob),” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!