Veteran Indonesia watak Mak Lampir meninggal dunia akibat Covid-19
AKTRES veteran terkenal Indonesia yang popular menerusi watak Mak Lampir, Farida Pasha dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu akibat jangkitan wabak Covid-19.
Lapor CNN Indonesia, berita sedih tersebut telah dikongsikan oleh cucunya, Ify Alyssa mengenai kematian neneknya itu akibat wabak maut tersebut pada Ahad menerusi Instagram.
“Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada jam 7.35 malam (waktu tempatan),” katanya.
Ify turut memohon semua pihak untuk memaafkan neneknya jika pelakon hebat tersebut pernah melakukan kesilapan selain menzahirkan ribuan terima kasih atas doa mereka.
"Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan, dan doa yang telah disampaikan selama beliau (nenek) sakit hingga saat terakhirnya," ujarnya lagi.
Sementara itu, pengurusan jenazah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan dan lokasi pengebumian telah dirahsiakan oleh ahli keluarga.
Terdahulu, Farida dilahirkan di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Ogos 1952. Aktres itu terkenal kerana sering membintangi filem bergenre seram dan sangat sinonim dengan watak seorang nenek kebayan bernama Mak Lampir menerusi sinetron bersiri, Misteri Gunung Merapi yang ditayangkan selama tujuh tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, jana 1.67 trilion baht
07 Januari 2025 05:09pmAustralia keluar amaran keselamatan selepas angka kematian akibat lemas cecah 44
07 Januari 2025 04:49pm7 bayi baru lahir meninggal dunia akibat hipotermia di Gaza pada Disember 2024
07 Januari 2025 03:45pm53 maut, 62 cedera gempa bumi landa Xizang
07 Januari 2025 01:22pmBekas banduan kongsi masuk Penjara Kajang bersama Najib, PU Azman
07 Januari 2025 12:24amTitah Adendum: Ku Li bangkit persoalan kedudukan UMNO dalam kerajaan
06 Januari 2025 08:14pm'Kerajaan perlu jawab siapa sorok Titah Adendum' - Dr Akmal
06 Januari 2025 07:24pmBunuh isteri kerana enggan dipeluk
07 Januari 2025 07:20am