Lebih 700,000 petugas kesihatan di Turki disuntik vaksin Covid-19

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

ANKARA - Lebih 700,000 petugas penjagaan kesihatan di Turki sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dalam tempoh empat hari pertama kempen vaksinasi, kata Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu.

Kempen menggunakan vaksin CoronaVac yang dihasilkan syarikat Sinovac Biotech China itu bermula pada Khamis.

Selepas lebih sejuta petugas kesihatan di Turki menerima suntikan masing-masing, ia akan diperluaskan pula kepada penduduk dan pekerja di rumah penjagaan warga emas dan orang kurang upaya.

Kategori yang diberi keutamaan mereka berumur 65 tahun ke atas.

Kumpulan pertama dari tiga juta dos vaksin tiba di Turki pada 30 Disember.

Bekas pesakit Covid-19 tidak akan diberi vaksin dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas pulih.

Turki melaksanakan perintah berkurung pada malam dan hujung minggu sejak bulan lalu.

Awal minggu ini, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan sekatan akan dilonggarkan secara bertahap memandangkan penurunan ketara kes Covid-19 baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!