RM50 juta untuk program bakul makanan
SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta.
"Selain itu, bagi memastikan kebajikan kumpulan rentan terus terpelihara, kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta di bawah program GLIC/GLC 'Disaster Relief Network' sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan kerajaan bagi inisiatif sosial.
"Ini termasuklah pemberian bantuan komuniti termasuk warga emas, gelandangan, OKU (orang kurang upaya) dan mangsa banjir," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Isnin.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!