Bayaran BPN 2.0 akan dipercepatkan mulai 21 Januari
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan mempercepatkan bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) mulai 21 Januari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata. sejumlah 11.1 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM2.38 bilion.
“Bagi Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR pula, bayaran fasa pertama akan melibatkan lebih daripada lapan juta penerima.
“Golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan akan menerima RM300 ratus dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pula, mereka akan menerima RM150,” katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial pada Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!