AS mungkin luluskan dua lagi vaksin Covid-19

Dua lagi vaksin Covid-19 dihasilkan AstraZeneca/ Universiti Oxford dan Johnson & Johnson mungkin diluluskan untuk penggunaan kecemasan di AS.
Dua lagi vaksin Covid-19 dihasilkan AstraZeneca/ Universiti Oxford dan Johnson & Johnson mungkin diluluskan untuk penggunaan kecemasan di AS.
A
A
A

MOSCOW - Dua lagi vaksin Covid-19 dihasilkan AstraZeneca/ Universiti Oxford dan Johnson & Johnson, mungkin diluluskan untuk penggunaan kecemasan di Amerika Syarikat (AS) dalam "beberapa minggu lagi", lapor Agensi Berita Sputnik.

Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara Anthony Fauci menjangkakan dalam seminggu atau beberapa minggu data akan dapat dikumpulkan dan diserahkan kepada FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan).

"Sudah tentu mereka akan mendapatkan data untuk melihatnya sama ada ia sesuai untuk dimulakan," katanya kepada penyiar NBC dalam satu wawancara pada Ahad.

Pada Disember, FDA meluluskan penggunaan vaksin kecemasan yang dibangunkan Pfizer dan Moderna.

Setakat ini, lebih 12 juta penduduk di AS telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

AstraZeneca/Universiti Oxford diluluskan di United Kingdom, India, Brazil dan beberapa negara lain, sementara vaksin Johnson & Johnson belum menerima sebarang kelulusan setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!